Penulis, yang dulunya pernah mengambil bahagian dalam persatuan, berfikir bahawa apabila tawaran untuk Ijazah tiba, 'okay, aku akan berusaha bersungguh sungguh dan takkan terlibat dengan benda benda lain.' Tapi, lain pula halnya. Dalam keadaan terpaksa, penulis dapati dirinya dalam persatuan/ kelab. Kelab untuk Kursus. Yang dia sendiri tidak pun meletakkan nama. Bukan itu saja, lambakan kerja dilakukan. Meeting dianjur pada setiap waktu, tidak semena mena. Padahal, dalam setiap meeting, higher authority-nya, NYDP dan YDP galak beramah mesra. Bergurau senda. Manakala, dengan jawatan sekadar WAKIL JAWATANKUASA SEMESTER 3, segalanya diuruskan.
'There may be times when we are powerless to prevent injustice, but there must never be a time when we fail to protest', Elie Wiesel, American writer.
Bukan nama yang penulis mahu dan damba. Cukup sekadar ketenangan. Untuk menyudahkan assignment. Untuk fokus kepada goal untuk mendapat Dekan. Untuk menyudahkan Ijazah dengan Gred Kelas Pertama. Bukan juga niat penulis untuk tidak bersosial, tidak membuat kenalan, tidak mencari referens untuk masa kelak. BUKAN. Penulis cuma sudah lali, sudah lelah sewaktu di Diploma. Sekadar mahukan hidup yang tenang, dan bukan kesibukan selalu yang dicari. Walaupun, jauh di dalam hati, penulis masih mahu merancang, mengacara serta mengkordinasi majlis.
Cuma, penulis mahu, dalam perancangan majlis majlis seperti ini, kerjasama SEMUA pihak harus ada. Bukan sekadar tiga, empat kerat lelah buat kerja, lain nya menghela nafas, sekadar menanti khabar gembira.
Rintihan Sayu, Ashraff Hafizuddin.
3 comments:
bertahan..
tau dak marni baca ni ikot style acap.tahan nafas.:)
bertahan..
tau dak marni baca ni ikot style acap.tahan nafas.:)
thanks marni. haha. tahan nafas? cmane tuh? ;D
Post a Comment